Description
JOM WAQAF
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Di antara cara untuk kita mencapai “Sedekah Jariah” adalah untuk kita mewaqafkan harta kita ke jalan Allah Swt. Kami sangat-sangat mengalu-alukan para jemaah untuk menyokong projek JOM WAQAF ini dengan bertujuan menaik-tarafkan (upgrading) untuk keselesaan dan kemudahan para jemaah sekalian.
Setiap sumbangan WAQAF para jemaah akan sentiasa berterusan sehinggalah hari kiamat segali mana ia dimanfaatkan dan digunakan insyaAllah.
Terms
Cara-cara untuk menyokong projek JOM WAQAF adalah seperti berikut:
- membuat sumbangan melalui kaunter masjid
- melalui wadah paynow ke UEN: T03MQ0013C
- melalui Bank Transfer ke OCBC 545706756001
Nama yang disertakan di dalam sumbangan anda akan dinaikkan di papan WAQAF masjid Al-Iman insyaAllah.
Kami dahului dengan syukran jazilan. Semoga Allah swt menerima segala amalan-amalan soleh kita semua amin